CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 8, 2012

Beyond The Square

Laporan Persembahan Beyond The Square
            Pelajar diberikan penerangan oleh En. Nor Suhardi pada 11 Disember 2011 tentang persembahan yang perlu dilakukan pada 21 Disember 2011 pada pukul 1.30 sehingga 2.20 petang. Kesemua pelajar dikehendaki untuk memilih watak dalam cerita rakyat dan perlu melakukan pergerakan kreatif dalam persembahan tersebut. Saya telah memilih watak Bawang Merah dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih, watak lain yang dipilih oleh rakan kelas ialah Bawang Putih, Mak Labu, Lela Majnun, Nenek Kebayan, Ahli Sihir, Mak Tanggang, Dang Anum, Pak Pandir, Mak Mandir, Pak Kaduk, Hang Tuah, Tun Fatimah, Mak Tiri dan Dayang Senandung, Nujum Pak Belalang, Mahsuri dan Mak dan Melur.
            Pada pukul 12.00 petang semua pelajar berkumpul di Bilik Seni Lakon untuk menukar pakaian dan disolek untuk meyakinkan penonton dengan watak yang diberikan. Setelah selesai, semua pelajar berkumpul di hadapan Galeri Seni pada pukul 1.30 petang dan memulakan persembahan. Terdapat ramai orang di tempat tersebut dan semua pelajar memberikan persembahan yang terbaik dan memasukkan pelbagai gerakan Laban Analysis Movement iaitu seperti semua pelajar menggunakan aras seperti tinggi, sederhana dan rendah,  arah seperti hadapan, belakang, sisi, atas dan bulatan, aliran seperti lurus, berliku, zig-zag dan bulatan dan ekstensi iaitu mengecil dan membesar.
            Tepat pukul 2.20 petang persembahan ditamatkan dan semua dikehendaki berkumpul di Bilik Seni Lakon kembali untuk salin pakaian dan mendengar taklimat yang terakhir oleh En. Nor Suhardi tentang tugasan yang perlu pelajar siapkan sebelum tamat semester.
                           
                                                                                               
        Gambar persembahan Beyond The Square


Cerita Bawang Merah dan Bawang Putih~ Nor Haziaton, Syuhaida Adila dan Nu’Aim


Lea dan Lin



Azie, Aim dan Lin