CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 14, 2012

dan tiga dara terbang ke bulan...

Berjumpa kembali kita dalam blog ini...hehe
Setelah sekian lama kita akan berblog kembali..hehe..atas alasan dan sebab-sebab tertentu je kita berblog ni.
Sem ni dengan berani matinya kita amik subjek SENI LAKON AWALAN.. fuh..
Kami yang berani jer amik subjek ni.. hehe (tangan atas bahu mata pandang ke atas..hehehe)

saje je nak update gambar sem nie..

Ok..kita kembali kepada topik asal kita..hehe subjek SENI LAKON AWALAN.
memang tough la subjek ni.. mula-mula tak tahu pun subjek ni boleh add untuk subjek elektif.. tapi bila tahu boleh add kita orang pun apa lagi terus jumpe En Shuradi nak add subjek nie,, alhamdulilah akhirnya kami berjaya add subjek ni.
Kami mula masuk kelas masa minggu kedua dan diberikan tugasan untuk observe kehidupan realiti orang. Jadi kami kena mengintepretasikan watak yang telah kami observe dihadapan semua rakan yang lain pada minggu berikutnya. Watak yang kita tengok ialah watak promoter layan customer. Tapi pada minggu tu kita tidak berapa sihat.. Jadi pasangan kita azie akma pun melakonkan watak tersebut dengan quyie.. Tujuan En Shuradi ialah untuk melihat kebenaran dalam lakonan kami, adakah kami dapat melakonkan watak tersebut seperti yang kami lihat sebelumnya. Penggunaan pentas sangat dititikberatkan oleh En Shuradi semasa lakonan.
 Pada minggu-minggu berikutnya kami didedahkan dengan penggunaan tubuh, penggunaan pentas dan vokal dalam teater. Hal ini kerana, tubuh berperanan sebagai penyampai segala emosi, pemikiran, aksi kepada penonton. Malahan lontaran vokal yang jelas amat membantu dalam penghayatan watak yang dimainkan.
bagi tugasan final kami, kita digandingkan dengan Azie (Nor Haziaton), Lin (Nur Fazlin) dan Atika (Nurul Atika). 

Dalam drama bertajuk Dan Tiga Dara Terbang ke Bulan.. Azie dan Lin bawa watak yang sama iaitu Salmiah, Atika pula watak sebagai Punggut dan kita sebagai Chot, jadi kita dan Atika kena berlakon untuk dua hari jadi Azie dan Lin dapat berlakon dalam salah satu hari.


Drama ni sangat best dan mencabar kami, hal ini kerana kami masing-masing baru hendak belajar untuk berlakon dan kami berusaha untuk melakukan yang terbaik. Pengarah kami tidak lain dan tidak bukan ialah En Shuradi. Melalui pengarahan En. Shuradi kami berjaya untuk menghayati watak kami sedikit demi sedikit.

ni adalah kami berempat tengah praktis dialog sebab nak dapatkan keserasian..
atika pun ada gak tidur rumah kita orang



Drama ni mengisahkan karya oleh Aidil 'Alin Mosbit tentang persahabatan antara tiga sahabat iaitu Punggut, Miah dan Chot. Setiap daripada mereka mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Punggut merupakan anak orang kaya yang hanya mempunyai bapanya sahaja, Miah pula merupakan anak orang gaji yang bekerja dirumah Punggut dan Chot pula ialah anak bongsu dalam keluarga yang besar. Cerita bermula dengan kedatangan Punggut dan Miah ke hospital yang sedang melawat Chot yang koma. Banyak imbas kembali yang berlaku dan bermula semasa sedang bermain, mereka berkenalan dan menjadi kawan rapat. Mereka ingin bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Fitri tetapi walaubagaimana pun usaha yang mereka lakukan mereka masih tidak dapat sambut bersama-sama. Mereka mula berangan-angan dan terbang ke bulan untuk berjumpa dengan Mak Bulan kerana ingin Mak Bulan menangguhkan kelahiran anak bulan jadi mereka tidak perlu menyambut Hari Raya kerana mereka tidak dapat sambut bersama. Namun usaha mereka masih gagal. Cerita ini banyak bermain dengan emosi Chot, Punggut dan Miah.

Pelakon perlu mempunyai suara yang fleksibel agar dapat didengari oleh seluruh penonton semasa persembahan. Pelakon juga perlu memahami pentas untuk membantu bentuk dan gaya lakonan pelakon. Antara tokoh lakonan yang boleh dijadikan teladan alah Konstantin Stanislavsky. Lakonan telah dibahagikan kepada empat tahap iaitu lakonan eksploitatif, lakonan lampau amatur, lakonan mekanikal dan lakonan representational. Malahan beliau juga memperkenalkan teknik lakonan iaitu perkataan magig if dimana pelakon perlu percaya dengan kemungkinan-kemungkinan peristiwa yang telah berlaku, situasi sedia ada iaitu tingkah laku seseorang psikologi dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitaranya,  imaginasi iaitu latihan bagi melengkapkan biografi watak yang dipegang, konsentrasi tumpuan, kebenaran dan kepercayaan iaitu pelakon dapat mengamalkan daya mempercayaai di atas pentas, emosi dan spritual iaitu dapat merasai apa yang dikatakan oleh pelakon lain, tempo dan ritma  serta memori recall iaitu mengaitkan dengan perkara yang pernah dihadapi oleh pelakon sebelum ini.

Kesimpulannya, banyak yang saya perolehi melalui kelas ini, pendedahan untuk mengawal pelajar secara tidak langsung juga dapat dipelajari semasa persembahan drama ini. Saya juga menjadi  lebih yakin untuk berhadapan dengan penonton yang ramai. Ilmu-ilmu yang diperoleh ini akan digunakan sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi dimasa akan datang.

Semasa latihan di bangunan BE Learning

ni Chot

Punggut, Miah n Chot (mana dtg la paan nie,,hahaha)

Chot, Miah n Punggut

Ni produksi kami + pergerakan kreatif= tenaga pengajar








0 comments:

Post a Comment